Friday, 7 February 2014

Penjagaan Alam Sekitar

Sejak akhir-akhir ini kita banyak mendengar berlakunya bencana alam, tanah runtuh, banjir dan perubahan cuaca. Semua ini berpunca dari akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara yang tidak dijaga dengan baik. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam.
Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa. Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

Oleh itu eloklah sekiranya kita didik anak-anak kita dari peringkat umur di tabika lagi supaya sedar bertapa pentingnya menjaga alam sekitar
Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk mendidik kanak-kanak tentang kesedaran pentingnya menjaga kebersihan Alam Sekitar:

             
                                                           


                                                                        
                                                                       Mewarnakan gambar



                                                             Mengenalkan Tong Sampah





                                                                          Menanam Bunga

1 comment:

  1. How to use bonus codes to get $10,000 in free
    The new bonus offers will let you 군포 출장마사지 get a 100% match 울산광역 출장샵 deposit bonus up to 부산광역 출장마사지 $500, while 오산 출장안마 some sportsbooks may offer 사천 출장안마 a separate deposit bonus

    ReplyDelete